بسم الله الرحمن الرحيم
Hai semua. =) hari ni tetiba terasa nak menaip. Actually sekarang, study week aku. Makin nak dekat time exam, bertambah pulak mood nak menaip. =)
Ahhaaa! Bila teringat pasal exam, test , ujian bulanan , periksa akhir tahun, PMR , SPM..... tetiba aku teringat dengan sorang member aku =) heehee..
Maka, entry aku kali ni nak cerita pasal 'dia' lah gamaknya =D
Ehemm2x... ok! mana nak start yeee?? hmmm..macam nilah,, aku dan dia dah kenal selama 5 tahun,, since aku form3.. nak amek PMR =P. kenapa aku nak sangat story pasal dia ni..mesti plek kan..siap buat 1 entry khas untuk dia lagi ! hahaha... takk...semua kawan aku special, tapi speciality dia ni lain daripada yang lain =)
Specialnya dia sebab,,,dialah satu-satunya SAHABAT MAYA aku. Sahabat maya sejati. We have not meet even once ! =) Tapi kiteorang always keep in touch.. HOW????? haha..calling2, texting2,...chatting(FB).. mesti tak ramai yang percaya dengan sahabat maya kan.. but, i do believe in it !
Eh,,lupa pulak nak intro pasal dia. Dia seorang lelaki..tua setahun daripada aku. Nama dia Muhd Taufik.=) Dia budak SMSSMJ ketika aku start kenal dia. Dia kapten kriket sekolah dia =) hahaha... start kenal melalui texting(fon).. macam mana ea....ermmm..senang cerita, dia nak kenal aku, so, dia minta num.aku daripada sorang membe dia yg juga merupakan membe aku =) hahahahhaha
Alaaaa....orang nak kenal, aku terima, yang penting baik =) text..text..text..text...hahaha..macam2 kiteorang borak macam kiteorang dah kenal lama. ...~
Nak dijadikan cerita, dia pernah datang sekolah aku nak main kriket peringkat kebangsaan...dan2 aku balik rumah masa tu.....so, tak pernah jumpa ! dia duduk jauh.. nun.....diutara =) bila contact, baru aku taw dia datang sekolah,,,=(.. nampak kan tak ada jodoh nak jumpa~
Yang bes nye Taufik ni,, dia sangat memahami dan senang dibawa berbicara.... time sekola dulu...handphone itu haram! hee...so,, kena kumpul syiling nak kol parents...hikhik. bila abes kol parents, aku kol dia pulak...cerita macam2....minta nasihat,, pendapat...C=
Part yg aku suka pasal Taufik ni, dia sangat jujur! dari dialah aku banyak membuka minda untuk menjadi seorang yang rasional dan jujur. Frankly , lelaki bagi aku = mengayat perempuan ! sorry laaaa...tapi,, dengan dia..NO NO NO NO... kalau aku minta pendapat ke nasihat ke....dia akan dengar situasi yang diceritakan betol2...then, kalau kat situ, aku yang salah...straight forward dia akan perli, kutuk aku.... dan bagi reasons nyee...
Siapa tak terasa kalau kena perli kan... tapi, bila aku fikir balik,,nasihat daripada dia tak bias ! dia hanya komen berlandaskan situasi yang diceritakan...kiteorang tak face to face...haaa!! nampak tak taktiknya kat situ =p
Bila nak exam...aku cuak ke...risau ke...sedih nak fail ke...happy dapat result gempak ke... aku akan inform dia =) again,,,dia akan respond accordingly to the situation. dia selalu nasihat aku " jangan stress...study, study jugak...tapi, kalau dah tak dapat,, nak buat macam mana..... tak study langsung tu,, memang cari pasal...tengok macam saya, fail banyak je...takkan nak sedih, murung je,,,kita yg buat jadi fail,,,salah diri sendiri kan...." hehehhe...last2....mesti dia cakap macam ni.. " saya tahu cakap je,, saya tak buat pon... pandai2 lah awak tapis ye.." =)) <----- ayat typical Taufik !
Aku cerita jugak kat dia yg aku tak pandai masak...bla..bla..bla... tak macam perempuan sejati.... huhuhuhuhuhu =='
then dia akan cakap.." belajarlah...sedar pon tak pandai!!...saya lelaki pon pandailah jugak..tapi taklah sehebat perempuan,...kalau saya, memang tak lah nak buat bini tak pandai masak... " hahahaha .. sentap je aku dengar.. tapi,,, betol pon dia cakap.. aku setuju.. tapi sekarang,,, still learning dengan ibu =)
ermmm....dia belajar dekat UnisZA... time confuse2 nak pilih course apa time degree.... dia ada jugak membantu aku.... =) diaa tanya pro aku kat subjek apa..then,, dia bagi gambaran kat aku apa yg bakal aku hadapi bila amek certain2 courses.. hee.... dia sangat rational !
Pernah aku usulkan, "tak pelik ke kawan macam ni? awak percaya tak kat saya... ??" then dia cakap... "ikut logik akal memang pelik lah... tapi, kita ok je kan.. so, apa salahnya...kawan real pon tah hape-hape...".. dan dia selalu cakap kat aku,, dia tak suka orang menipu...baik jadi jujur daripada kantoi menipu... cakap jujur memang menyakitkan orang lain..tapi sekejap... berbanding perasaan ditipu orang =)
Hikhikhik....dia ni suka main games....baca komik.... bla bla bla.... selalu kutuk diri sendiri tak matang semua sebab mcm budak2..hahaha...
boleh plak dia syorkan kat aku untuk tengok anime.. ==' aku?? errrmmm.....tak kot ! hahahakz....
haihhzzz...kalau nak cerita pasal Taufik yang aku kenal selama 5 tahun ni...memang tak cukuplah untuk 1 entry... apa yang aku harapkan...semoga persahabatan kami kekal dan insha Allah akan berjumpa..huhuhu...
even masing2 dah kahwin nanti...hohoho.....drama giler !!!
-HARAP DIA TAK PERASAN ENTRY INI- $_$
sahabat
kita bertemu di sini
tanpa kata
tanpa bersua muka
hanya yang menjadi saksi persahabatan kita
adalah jari jemari kita
yang lincah menaip
melahirkan kata hati
kita juga
berkongsi cerita
berkongsi minat yang sama
berdebat, berbahas
ada ketikanya kita berbalah
tetapi itu bukan penghujungnya
sahabat
mata kita menjadi saksi
membaca baris-baris ayat
yang mampu
membuat kita tersenyum
kita ketawa
kita sedih
geram, benci
amarah
sahabat
diruangan ini
jarak yang jauh bukan penghalangnya
untuk kita saling berhubung
binalah persahabatan kita ini
dengan keikhlasan dan kejujuran
jauhkan rasa dengki
rasa khianat
jauhkan segala pembohongan
supaya persahabatan yang kita jalin di sini
kekal untuk selamanya ...
Comments
Post a Comment