>> duduk melepak tengah bilik sambil menulis entri .
Apa yang korang paham pasal 'relationship'? Relationship bagi aku adalah satu hubungan yang melibatkan satu orang dan lebih. Untuk mewujudkan satu relationship bukan mudah ! Ia memerlukan persetujuan serta komitmen setiap pihak .
Terdapat pelbagai jenis 'relationship' . HOHO. kawan, saudara, jiran, suami, isteri, ibu bapa, kekasih dan pelbagai lagi. Dalam banyak- banyak 'relationship' kawan adalah yang paling versatile. Selalunya kawan yang berada disekeliling kita pasti mempunyai sesuatu nilai yang sama dengan diri kita. Kita jarang berahsia dengan kawan, malah, kawanlah yang paling dipercayai. =) Kawan tempat kita merepek serta menjadi diri kita yang sebenar. Namun, seorang kawan yang baik, tidak akan sesekali mengaibkan rakannya yang lain.
- jaga hati kawan
- tolong kawan ketika susah
- berkongsi berita sedih dan gembira bersama
- memberi pandangan yang relevan demi kebaikan kawan
Seterusnya 'relationship' bersama ibu bapa. 'Relationship' jenis ini adalah yang kekal abadi. Kita takkan boleh memilih serta menidakkan hubungan ini. Ibu bapa adalah orang yang melahirkan kita ke dunia ini serta yang PASTI ada disaat kita susah. Disamping itu, 'relationship' ini membawa ke syurga =) sayangilah ibu bapa kita. Tidak wujud istilah 'bekas ibu' atau 'bekas ayah' dalam diari setiap manusia. *tetiba rindu ibu ayah :| tapi, takpe, malam nanti ibu ayah datang... yeaayyy !!!
- bila rindu, baca doa kedua ibu bapa
- gunakan perkataan yang baik pabila bersuara
- belajar rajin-rajin
- jadi anak yang baik
- jaga nama baik mereka
'Relationship' yang paling hangat diperkatakan adalah jenis kekasih. ermmmm... hubungan ini pada aku adalah satu risiko besar. Ia melibatkan perbezaan jantina dan semestinya perbezaan perangai atau hati budi. Rasa suka kepada lain jantina adalah lumrah seorang manusia yang normal. Tak songsang, tak lesbian dan sudah tentu tidak gay. Namun, bukan semua pasangan mampu memberi komitmen sepenuhnya apabila mewujudkan hubungan ini.
-tidak menepati janji
- suka menipu
- mengambil sambil lewa
- tidak memperuntukkan masa yang berkualiti bersama pasangan
(cth : tengah date pon sibuk kol member, macam takde waktu laen)
- tidak peduli perihal pasangan dan lebih seronok menceritakan perihal diri sendiri
- tidak memahami pasangan
- perangai berubah dari sehari ke sehari
* pjg pulop.. berdasarkan pendapat sendiri.
kalau nak cerita, banyak ye jenis relationship =P tapi hubungan suami isteri kurang pengetahuan pulak. hubungn jiran tetangga tuh, macam-macam ada. Kalau duduk rumah pangsa aku rasa jiran depan, kiri, kanan pon tak kenal siapa. duduk kampung lebih kenal jiran kot ! siap boleh hantar makanan kat rumah, tukar2 pinggan.. baru ukhwah mantop. hubungan adik-beradik toksah cakap banyaklah. sehari tak gaduh tipu arrr.. tapi manisnya gaduh2 pon last sekali oleh lagi sembang cantekkk macam tade pape terjadi =P
#tadi kelas hoki aku datang lewat ! tau2 ada test kena HIT bola dan sebagainya. lepastu, time bawak motor stick aku jatuh.. seret kat jalan.. kesian dia.. =(
# lagi satu, batuk aku datang balik.. bila nak sembuh ni =(
Comments
Post a Comment