Pagi ni hujan .. lebat.. sejuk.. sesejuk hatiku yang beku ~ kenapalah aku tetiba dok rajin scroll timeline dia pagi2 nih.. kan dah zentap.. ye lahh.. sedar diri sikit.. kau tu bukannya his 1st love. aku dah sedia maklum, tapi masih lagi ada api cemburu dalam hati aku ni .. kenapa ? mungkin sebab, aku rasa aku jujur dengan perasaan diri sendiri terhadap dirinya, dan dia juga telah berbuat perkara yg sama terhadap si Dia yg terdahulu. sayangnya kamu terhadap dirinya... kuatnya rasa kasihmu terhadap dirinya... sampaikan aku rasa, aku belum lagi menakluki sepenuh jiwamu. mungkin banyak lebihnya dirinya berbanding diriku.. mungkin banyak kenangan, memori indah dirimu bersama dirinya.. yang menjadi rahsia, rapi disimpan olehmu.. aku cemburu kenapa kamu tak lagi begitu bersama diriku ? tidak bahagiakah kamu setelah berada disampingku ? aku silap merasakan bahawa kau telah menjadi milikku sepenuhnya.. aku tertanya-tanya, siapakah yang akan kau rindui ketika berseorang...
This blog is basically about myself and all my doings. You are welcomed to read and leave any comments. :)
Comments
Post a Comment